Pengambilan tenaga pakar atau personnel luar negara dalam sektor pembinaan di Malaysia tertakluk kepada kawal selia Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Akta 520. Bagi warga asing yang memegang Pas Lawatan Profesional CIDB (PVP), kelulusan khas daripada pihak CIDB adalah wajib sebelum mereka dibenarkan memasuki atau menjalankan sebarang kerja di tapak pembinaan tempatan.
Panduan ini menjelaskan proses permohonan Kebenaran Khas Memasuki Tapak Bina, kadar bayaran, serta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut garis panduan rasmi CIDB.
Apakah Itu Pas Lawatan Profesional CIDB (PVP)?
Dalam konteks CIDB Malaysia, PVP merujuk kepada Pas Lawatan Profesional (Professional Visit Pass). Pas ini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada personel asing yang memiliki kepakaran khusus untuk menjalankan tugasan jangka pendek.
Bagi memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang di tapak bina, CIDB menetapkan bahawa semua pemegang PVP mesti mendapatkan Kebenaran Khas Memasuki Tapak Bina terlebih dahulu.
Syarat Dan Proses Permohonan Pas Lawatan Profesional CIDB (PVP)
- Saluran Permohonan: Majikan perlu mengemukakan permohonan secara digital melalui portal rasmi Sistem CIMS CIDB.
- Yuran Pemprosesan: RM150.00 bagi setiap individu.
- Tempoh Pemprosesan: Anggaran 14 hari kerja daripada tarikh dokumen lengkap diterima.
Proses kelulusan ini diuruskan secara dalam talian untuk memastikan kecekapan sistem pentadbiran:
Garis Panduan & Syarat Kelayakan Utama
Untuk memastikan permohonan berjalan lancar dan elak daripada ditolak, majikan perlu mematuhi kriteria berikut:
- Kelayakan Majikan: Hanya majikan yang berdaftar secara sah dengan CIDB dibenarkan membuat permohonan bagi pihak personil PVP.
- Tempoh Sahlaku Permohonan: Permohonan lengkap mesti dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas bayaran pemprosesan dibuat di dalam sistem CIMS.
- Dokumen Sokongan Lengkap:
- Salinan pasport personel asing yang sah.
- Maklumat pengesahan PVP (PVP endorsement) daripada Jabatan Imigresen Malaysia.
- Dokumen perincian tugasan atau skop projek yang akan dijalankan di tapak bina.
Baca Juga Artikel Ini: 8 Sebab Kenapa Permohonan CIDB Anda Gagal
Pematuhan kepada prosedur ini bukan sahaja memastikan projek berjalan mengikut jadual, malah mengelakkan sebarang tindakan undang-undang atau kompaun di bawah Akta 520.
Bagi anda yang tiada pengetahuan tentang permohonan ini, anda boleh merujuk pada kami untuk kami bantu anda. WhatsApp kami sekarang di https://wa.me/60108062048
